
Teringin semula ana ingin mengembangkan atau menceritakan sesuatu dalam blog ini.. Kiranya ana ingat biarlah blog ini dirahsiakan..tapi apa guna buat blog kalau tak nak oghang lain tengok .. Kali ini ana nak cerita pula soal hati manusia nie yang senantiasa berasa gundah dan tidak akan tenteram selagi tidak menerima ketentuanNya.. hehe.. teringat pula mesej yang disampaikan oleh kakak yang sekarang ni menuntut di UM.. Setiap insan di muka bumi yang fana ini pastinya ada kegelisahan menyelubungi diri,, biasalah,,ini disebabkan kekurangan yang ada pada diri manusia itu sendiri. Pelbagai ujian dan dugaan yang kita terima melimpah ruah daripada Allah dan hanya diri kita sendiri saja sama ada ingin meneruskan hidup sebagai seorang muslimin dan muslimat, mukminin dan mukminat.. APA ADA PADA HATI!!...
Perasaan sedih,gembira,gelisah,ragu-ragu,benci,cemburu dan lain-lain perasaan lagi merupakan lumrah manusia masa kini.. Jika ditanya mengapa, kenapa?? pasti jawapannya berkaitan dengan soal hati..Hmm.. Sampaikan seseorang itu menyalahkan orang lain walaupun sebanyak mana alasan yang diberikan,, munasabah atau tidak,,mengapa tidak salahkan diri sendiri terlebih dahulu?? apa yang penting yang ana ingin sampaikan, juga ana sampaikan untuk diri ana sendiri,, muhasabahkan diri kita sendiri terlebih dahulu kerana kita tidak kamil sepertimana Nabi Muhammad junjungan kita,Rasullullah SAW.. Setiap permasalahan pasti ada penyelesaiannya dan hanya diri kita saja dan juga diri ana sendiri sama ada dapat menyelesaikannya atau tidak tanpa sebarang kompromi.. Tuduh-menuduh sesama insan bukan satu penyelesaian yang baik bahkan luahan hati untuk menyatakan rasa tidak puas hati pun jikalau terlalu berkata berlebih-lebihan boleh mengguris hati seseorang.. Betapa pentingnya kita menjaga hati atau perasaan seseorang sepertimana kita menjaga hati dan perasaan kita sendiri..
Hati manusia zaman sekarang, sedikit terguris sudah menimbulkan rasa DENDAM..
Oleh itu, dalam bulan Ramadhan, bulan yang penuh dengan keberkatan ini, lapangkanlah dada kita, tenangkan hati dengan berzikir sepanjang masa.. Ana menaip kata-kata ini bukanlah untuk didebatkan dan juga bukan untuk berdebat dengan orang lain sehingga timbulkan persoalan-persoalan yang rumit.. Ana bukan suka menjawab pun.. Ana rasa ini saja yang ingin ana sampaikan.. hati ini tidak tenang kerana kejap lagi nak berbuka.. Hati...Hati...

No comments:
Post a Comment