Saturday, June 20, 2009

Sekolah Menengah Kebangsaan Pengiran Omar 2



Assalamua'laikum buat pembaca.. ini blog baru ana.. Ana ingin amik kesempatan tuk mengucapkan 'Alhamdulillah'..KRU telah ditubuhkan di sekolah ana. Ana telah jadi ahli KRU sebelum KRU di sekolah ana ditubuhkan.. Ini sebenarnya berita baik buat ana..



adik sekarang otomatik jadi ahli KRU:-).walaupun belum isi apa-apa borang.
Alhamdulillah, KRU dah ditubuhkan di sekolah kamu.

(mesej ana dapat daripada Kak Nisa)




InsyaAllah, ana dengan 4 orang rakan yang telah jadi ahli KRU secara otomatik akan buat perjumpaan dengan Ahli KRU baru yang lain(berminat) bersama dengan Ustaz-Ustazah dan kami akan buat program yang pertama kalinya sepertimana program yang pernah ana ikuti iaitu program KRIS(Kem Remaja Islam Sabah).. Sekolah ana akan bergabung dengan 2 buah sekolah lain..InsyaAllah.. iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Pengiran Omar & Sekolah Menengah Kebangsaan Padang Berempah.. Terima kasih kepada sekolah SMKPO kerana kalau bukan kerana mereka (ahli KRU), mungkin KRU di sekolah ana tidak akan wujud.. Tidak lupa pula dengan Persatuan Siswazah Sabah..terima kasih yang x terhingga ana ucapkan.. Ana rasa hati ana tenang bila ana ikut program yang dianjurkan oleh KRU dan PSS semasa KRIS dan juga Program Tautan HAti.. Memang ana rasa tiap program yang dianjurkan sangat menyeksakan dan memerlukan ketahanan mental dan fizikal yang kuat.. ana tidak pernah rasa kepenatan yang teramat sangat walaupun ana ada pengalaman dalam ana mengikuti prog/kem yang dianjurkan oleh pihak sekolah.. Ana x pernah minum air kopi cmpur air laut..minuman istimewa x lain x bukan kalau bukan di KRIS. x mandi 24 jam lebih, tp ana ada curi-curi mandi.. mandi hentam je.. segarkan badan ana semula sebelum qiam.. memang terseksa tapi lama-kelamaan program tu ana rasa seronok.. Bila dh habis program tu, ana rasa sedih sebab tak puas lagi walaupun ana dalam keadaan pening dan ngantuk.. ana terpaksa berjaga(x berjaga pun terjaga juga)..kalau x, kawan sekhemah ana tu x kan bangun.. Ana jenis yang suka bangun awal, x kira ngantuk ke x..



Kepada Kakecik,(^_^), biarpun di seberang lautan,, ikuti juga perkembangan KRU di Sipitang ni terutama sekolah ana juga tau..